Pages

Sunday 16 October 2011

Ciri-Ciri PBM

CIRI-CIRI UMUM PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH (PBM)

  • Berpusatkan pelajar
  • Pengajuan masalah atau pertanyaan
  • Penyelidikan autentik
  • Menyelesaikan masalah sebagaimana berlaku di dunia sebenar
  • Guru berperanan sebagai tutor atau fasilitator
  • Menekankan konsep kerjasama
  • Menggunakan penilaian alternatif

CIRI-CIRI PBM SEBAGAI PENDEKATAN INKUIRI
·        Penyataan masalah
Ø Pelajar diberi “problem scenario” yang nyata, pelajar akan cuba mengekstrak masalah daripada scenario yang diberikan
Ø Guru berperanan sebagai fasilitator

·        Penyelidikan autentik
Ø Daripada masalah yang dikenalpasti, pelajar akan menganalis masalah, mengembangkan hipotesis dan membuat ramalan, mengumpulkan dan menganalis data, membuat eksperimen (jika diperlukan), membuat inferens dan seterusnya kesimpulan.






BAGAIMANA PBM MELATIH PELAJAR MENJADI PELAJAR SEPANJANG HAYAT???
1)    Pelajar lebih memahami konsep yang diajarkan kerana mereka sendiri yang menemukan dan mengkaji konsep tersebut
2)    Melibatkan secara aktif aktiviti penyelesaian masalah dan memerlukan pemikiran yang tinggi
3)    Menjadikan pelajar lebih berdikari dan dewasa, mampu memberi aspirasi dan menerima pendapat orang lain, menanamkan sikap sosial yang positif
4)    Pelajar mendapat manfaat pembelajaran kerana masalah yang diselesaikan dapat dikaitkan dengan kehidupan nyata, sekaligus dapat meningkatkan motivasi pelajar
5)    Merangsang pelajar untuk sentiasa bertanya dan sentiasa aktif mencari maklumat
6)    Merangsang pelajar berfikir secara terbuka, kreatif dan kritis

No comments:

Post a Comment