Pages

Tuesday 4 October 2011

Aktiviti 2 (M4): Nilai murni

Soalan: Pilih satu nilai murni dan satu topik sains. Huraikan bagaimana guru sains boleh menerapkan nilai murni itu semasa mengajar sains.

Nilai murni: Mengagumi ciptaan Tuhan mengenai pengetahuan dalam kepelbagaian sifat dan keadaan pelbagai bahan yang membolehkan manusia menguasai alam sekitar dan meningkatkan taraf hidup.

Topik Sains: Jirim dan Bahan

Huraian:

Dengan mempelajari topik ini, pelajar mempunyai kesedaran betapa dekatnya hubungan di antara mereka dengan logam dan bukan logam secara langsung atau tidak langsung. Contohnya, semua logam wujud dalam bentuk pepejal. Zarah-zarah dalam pepejal tersusun dengan padat dan kedudukannya tetap. Ianya mudah ditempa dan menghasilkan pelbagai perkakas dan alatan seperti perkakas dapur, aksesori kenderaan dan sebagainya yang boleh didapati dalam kegunaan harian. Cuba kita renungkan, zahirnya logam hanyalah sekeping logam namun kegunaan dapat diolah dalam pelbagai bentuk dan kegunaan. Ini membuktikan betapa kagumnya ciptaan Tuhan. Namun tanpa ilmu pengetahuan tentang topik ini, mungkin kita tidak dapat menerokai kepelbagaian penggunaan logam.

No comments:

Post a Comment