Pages

Tuesday 6 December 2011

validity vs reliability

Validity vs Reability

Wednesday 30 November 2011

Rubric

Rubric

Thursday 24 November 2011

Contoh Kertas Peperiksaan Akhir Tahun Sains Tingkatan 4

Kertas 1 Peperiksaan Akhir Tahun Sains Tingkatan 4


Kertas 2 Peperiksaan Akhir Tahun Sains Tingkatan 4

Tuesday 15 November 2011

Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

  • murid Tahun Satu yang memulakan sesi persekolahan 2012, pengajaran sains dan matematik akan digantikan dengan dasar MBMMBI setelah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan
  • pemansuhan dasar dilakukan secara berperingkat atau `soft landing'.
  • Melalui kaedah ini, murid yang sudah memulakan pembelajaran menerusi PPSMI boleh meneruskan PPSMI hingga Tingkatan Lima sehingga 2021.
  • proses itu akan berterusan sehingga murid Tahun Satu tahun ini menduduki UPSR sepenuhnya dalam bahasa Melayu pada 2016, manakala SPM pada 2021.tidaklah timbul isu kecelaruan dalam pembelajaran murid terbabit, mahupun di kalangan guru yang mengajarnya.
  • kira-kira lima peratus sekolah menengah di negara ini didapati mengajar dua subjek itu sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. KPM akan mempermudahkan pelajar yang memohon untuk berpindah ke sekolah terbabit. Mulai Disember 2011, ibu bapa pelajar Tahun Enam yang mengikuti program PPSMI boleh menyemak sekolah yang menawarkan program sama di Tingkatan Satu bagi sesi persekolahan 2012.
  • Dalam memutuskan untuk memansuh PPSMI, kerajaan sudah tentu perlu mengimbangi kepentingan pelbagai pihak.
  • golongan yang melihat bahasa Inggeris sebagai penting dalam menjamin anak mereka mampu berdaya saing dalam persekitaran yang semakin global tidak mahu melihat pengajaran bahasa antarabangsa itu diabaikan
  • kalangan penduduk luar bandar tidak mahu melihat anak mereka terus tercicir dalam mata pelajaran Sains dan Matematik atas sebab tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik.
    1. Preview image, see text for description

Tuesday 1 November 2011

Kecerdasan Berjaya (Robert Sternberg)

Kecerdasan Berjaya Sternberg

Wednesday 26 October 2011

pembelajaran berasaskan masalah

pbl

Sunday 23 October 2011

MISCONCEPTION

BIOLOGY : PHOTOSYNTHESIS

Misconception

Source of misconception

True science

Photosynthesis stops when respiration occur, and vice versa

  • Teachers teach both topics separately and do not explain the relation between photosynthesis and respiration
  • Students' experience told that photosynthesis never happen during night because there is no sources of light. So, they thought respiration will take over

· Respiration and photosynthesis actually happen in the same time. Respiration happens throughout the day, including during daylight when photosynthesis is happening.

· Respiration never stops. It happens continuously when organism is alive.

· Photosynthesis process only happen when there is light energy, it’s when energy is converted into chemical energy (ATP) to be used to split water molecules to get hydrogen, the oxygen is released through the stomata.

· Oxygen, as the byproduct of photosynthesis will then be used in the process of respiration.

Unit Plan

Unit Author
Name
Group 4
School District
Batang Padang
School Name
SMK Slim
School City, State
Slim River, Perak
Unit Overview
Unit Title
Purification of water
Unit Summary
The presence of impurities in substances can lead to hazard. There are more vital effects when impurities present in the water that will be utilized in our daily life. In this unit, students will do some researches to discover the simplest method to purify water that can be used widely. Students then create a distillation prototype to purify water. The product will be presented to the public.
Subject Area
Science
Year/Form
Form 4
Approximate Time Needed
2 Weeks
Unit Foundation
Targeted Curriculum Specifications and Benchmarks
Science
Theme : Matter and Substances
Learning Area : 4.7 Methods of Purifying Substances
4.7.1 Understand the concept of purifying methods
4.7.2 Apply the methods of purifying substances to be used in daily life


Student Objectives/Learning Outcomes
Student will be able to:
· State the characteristics of pure substances
· Describe the different methods of purification of substances
· Relate the characteristics of substances to methods of purification used
· Explain with examples the methods of purification used to produce substances used in daily life
Curriculum-Framing Questions
Essential Question
What are the characteristics and importance of pure substances?
Unit Questions
How is purification methods applied?
Content Questions
· Why do we need to purify substances?
· What is the simplest method to purify substances?
· Do we apply this method in our daily life?

Sunday 16 October 2011

Ciri-Ciri PBM

CIRI-CIRI UMUM PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH (PBM)

  • Berpusatkan pelajar
  • Pengajuan masalah atau pertanyaan
  • Penyelidikan autentik
  • Menyelesaikan masalah sebagaimana berlaku di dunia sebenar
  • Guru berperanan sebagai tutor atau fasilitator
  • Menekankan konsep kerjasama
  • Menggunakan penilaian alternatif

CIRI-CIRI PBM SEBAGAI PENDEKATAN INKUIRI
·        Penyataan masalah
Ø Pelajar diberi “problem scenario” yang nyata, pelajar akan cuba mengekstrak masalah daripada scenario yang diberikan
Ø Guru berperanan sebagai fasilitator

·        Penyelidikan autentik
Ø Daripada masalah yang dikenalpasti, pelajar akan menganalis masalah, mengembangkan hipotesis dan membuat ramalan, mengumpulkan dan menganalis data, membuat eksperimen (jika diperlukan), membuat inferens dan seterusnya kesimpulan.






BAGAIMANA PBM MELATIH PELAJAR MENJADI PELAJAR SEPANJANG HAYAT???
1)    Pelajar lebih memahami konsep yang diajarkan kerana mereka sendiri yang menemukan dan mengkaji konsep tersebut
2)    Melibatkan secara aktif aktiviti penyelesaian masalah dan memerlukan pemikiran yang tinggi
3)    Menjadikan pelajar lebih berdikari dan dewasa, mampu memberi aspirasi dan menerima pendapat orang lain, menanamkan sikap sosial yang positif
4)    Pelajar mendapat manfaat pembelajaran kerana masalah yang diselesaikan dapat dikaitkan dengan kehidupan nyata, sekaligus dapat meningkatkan motivasi pelajar
5)    Merangsang pelajar untuk sentiasa bertanya dan sentiasa aktif mencari maklumat
6)    Merangsang pelajar berfikir secara terbuka, kreatif dan kritis

Tuesday 4 October 2011

Aktiviti 2 (M4): Nilai murni

Soalan: Pilih satu nilai murni dan satu topik sains. Huraikan bagaimana guru sains boleh menerapkan nilai murni itu semasa mengajar sains.

Nilai murni: Mengagumi ciptaan Tuhan mengenai pengetahuan dalam kepelbagaian sifat dan keadaan pelbagai bahan yang membolehkan manusia menguasai alam sekitar dan meningkatkan taraf hidup.

Topik Sains: Jirim dan Bahan

Huraian:

Dengan mempelajari topik ini, pelajar mempunyai kesedaran betapa dekatnya hubungan di antara mereka dengan logam dan bukan logam secara langsung atau tidak langsung. Contohnya, semua logam wujud dalam bentuk pepejal. Zarah-zarah dalam pepejal tersusun dengan padat dan kedudukannya tetap. Ianya mudah ditempa dan menghasilkan pelbagai perkakas dan alatan seperti perkakas dapur, aksesori kenderaan dan sebagainya yang boleh didapati dalam kegunaan harian. Cuba kita renungkan, zahirnya logam hanyalah sekeping logam namun kegunaan dapat diolah dalam pelbagai bentuk dan kegunaan. Ini membuktikan betapa kagumnya ciptaan Tuhan. Namun tanpa ilmu pengetahuan tentang topik ini, mungkin kita tidak dapat menerokai kepelbagaian penggunaan logam.

Tuesday 27 September 2011

Aktiviti 7

Huraikan secara ringkas maksud teras pengetahuan guru kecuali PCK.

Maksud pengetahuan isi kandungan adalah mengetahui ilmu tentang isi-isi penting yang terdapat dalam setiap subjek atau topik yang hendak diajar, mengikut kesesuaian tahap penguasaan pelajar. contohnya pelajar tingkatan 4 belajar tentang jirim dan bahan. Guru harus mengetahui fakta-fakta di dalam tajuk itu.

Maksud pengetahuan pedagogi am adalah mengetahui ilmu kemahiran iaitu kemahiran yang perlu digunakan oleh guru untuk menyampai ilmu bagi memantapkan lagi bidang pendidikan. contohnya guru mengajar melalui eksperimen tentang tajuk yang diajar seperti analisis perubahan zarah-zarah dalam jirim.

Pengetahuan kurikulum bermaksud mengetahui sukatan pelajaran yang perlu diajar mengikut proses pengajaran dan pembelajaran. serta kesesuaian yang harus digunakan mengikut tahap penguasaan pelajar.

Pengetahuan tentang pelajar dan ciri mereka bermaksud seseorang guru mesti mengambil tahu tentang anak didik mereka samada mereka boleh belajar melalui visual, latihan atau aktiviti-aktiviti yang boleh menarik minat mereka untuk belajar. Selain itu mengetahui masalah pelajar bagi membantu proses pembelajaran dan pengajaran.

Pengetahuan konteks pendidikan bermaksud mempunyai idea tentang aspek pendidikan yang perlu diajar  mengikut kementerian pendidikan Malaysia bagi memudahkan proses pembelajaran.

Pengetahuan matlamat, tujuan, nilai dan falsafah pendidikan serta asas sejarah  bermaksud mengetahui tujuan dan matlamat asal pendidikan bagi melahirkan insan yang bertanggungjawab dan berjaya mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan serta dapat membangunkan negara selain itu pelajar akan mencintai negara Malaysia sekiranya mereka mengetahui sejarah pendidikan  dan juga falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan negara adalah suatu usaha berterusan kea rah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkninsan yang seimbang dan harmonis dari segi intek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Aktiviti 6

Topik : Jirim dan Bahan

Antara kemahiran yang dapat dikenal pasti ialah:

blogger-emoticon.blogspot.comKemahiran memerhati

  • Pelajar memerhatikan sebarang perubahan jirim yang berlaku pada masa tertentu.
  • Contoh aktiviti : pelajar dibekalkan dengan beberapa bongkah ais dan dikehendaki mencatatkan perubahan selang 15 minit.
  • Daripada aktiviti dan pemerhatian, pelajar dapat menyimpulkan bongkah ais mengalami perubahan daripada keadaan pepejal kepada cecair kepada gas.
  • Daripada perubahan tersebut pelajar dapat menerangkan haba diserap atau dibebaskan.

blogger-emoticon.blogspot.comKemahiran melukis

  • Salah satu kemahiran terpenting dalam sains adalah melukis. Dalam topik ini, pelajar perlu mahir melukis dan melabel struktur-struktur atom, dan zarah-zarah subatom.
  • Contoh aktiviti : pelajar melukis rajah untuk menggambarkan persamaan dan perbezaan zarah-zarah subatom iaitu proton, electron, dan neutron.

blogger-emoticon.blogspot.comKemahiran mengumpul dan mengintepretasikan data

  • Dalam subtopik mengaplikasi idea nombor proton dan nombor nucleon atom unsur, pelajar perlu tahu untuk menyatakan nombor proton dan nombor nucleon bagi unsur yang diberikan.
  • Contoh aktiviti : pelajar dikehandaki membina satu jadual untuk menunjukkan nombor proton, electron, dan neutron bagi sesuatu unsur. Hadkan unsur kepada unsur-unsur kumpulan 1 dan 2.
  • Setelah itu, pelajar perlu tahu untuk menerangkan perhubungan antara nombor proton, neutron, dan electron bagi unsur dan hubungan antara nombor proton dan nombor nucleon.

blogger-emoticon.blogspot.comKemahiran menaakul secara saintifik

  • Pelajar mampu untuk menerangkan sesuatu keadaan atau perubahan berdasarkan teori saintifik.
  • Contoh aktiviti : pelajar diberi satu graf perubahan jirim semasa proses peleburan, pendidihan, kondensasi, pembekuan, dan pemejalwapan.
  • Pelajar hendaklah menerangkan perubahan dari satu keadaan jirim ke satu keadaan lain dan sebaliknya berdasarkan teori kinetic jirim.

blogger-emoticon.blogspot.comKemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

  • Pelajar membincangkan kepentingan jadual berkala dalam pendekatan sistematik untuk mengkaji sifat-sifat unsur.
  • Pelajar dapat menyenaraikan beberapa ciri unsur dan kegunaannya.

blogger-emoticon.blogspot.comKemahiran manipulatif

  • Pelajar menjalankan eksperimen untuk mengkaji takat lebur dan kekonduksian elektrik bahan yang diperbuat daripada :
  1. Atom seperti plumbum
  2. Molekul seperti sulphur
  3. Ion seperti natrium klorida
  • Pelajar dapat memberi penerangan berdasarkan hasil eksperimen.

Aktiviti 5

Aktiviti 4

Nyata dan huraikan contoh PCK yang dapat digunakan untuk mengajar topik kumpulan masing-masing.

  1. KEFAHAMAN (COMPREHENSION)

· Dalam proses mengajar, guru perlu memahami isi kandungan pelajaran dan juga pelajarnya. Guru-guru perlu memahami apa yang perlu diajar dan juga isi kandungan dalam bentuk pelbagai cara. Guru juga perlu memahami tahap perkembangan pelajar dimana ianya mempengaruhi kebolehan mereka untuk belajar.

  1. TRANSFORMASI (TRANSFORMATION)

· Idea-idea dan kefahaman yang telah difahami mesti ditukar dalam beberapa cara yang berbeza agar ia boleh diajar kepada pelajar yang terdiri daripada pelbagai kemampuan. Transformasi isi kandungan ke dalam bentuk yang boleh diajar memerlukan pemahaman tentang hasil pembelajaran dan bagaimana pelajar menunjukkan apa yang ia telah pelajari.

  1. INSTRUKSI (INSTRUCTION)

· Instruksi merupakan aspek pedagogi yang terpenting dimana ianya merangkumi organisasi dan mengurusan bilik darjah, bentuk penerangan dan huraian yang jelas, memberi dan menyemak tugasan, berinteraksi dengan pelajar secara berkesan dengan soalan, jawapan dan tindak balas, serta pujian dan kritikan.

  1. PENILAIAN (EVALUATION)

· Penilaian meliputi semakan formal pemahaman pelajar tentang isi kandungan yang telah diajar berdasarkan objektif dan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Contohnya melalui ujian, kuiz dan soal jawab.

  1. REFLEKSI (REFLECTION)

· Proses ini dilakukan oleh guru untuk mengimbas kembali pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku melalui proses mengingat, menjana peta minda dan membuat ringkasan. Proses ini membantu pelajar mampu menilai perolehan dan kefahaman mereka sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Aktiviti 2


Kurikulum Sains KBSM

  • Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) merupakan satu lanjutan dari KBSR.
  • Diperkenalkan pada tahun 1989 oleh Pusat Perkembangan Kurikulum di Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Kurikulum Sains KBSM dilaksanakan berasaskan Falsafah Pendidikan Negara
  • Kurikulum sains KBSM menggabungkan isi kandungan dan proses.
  • Isi kandungannya merangkumi konsep, prinsip, hukum, masalah, fakta dan definisi.
  • Proses melibatkan kemahiran dan strategi berfikir, kemahiran saintifik serta kemahiran sosial termasuk penerapan nilai dan sikap dan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
  • Kurikulum ini juga berlandaskan Falsafah Pendidikan SainS.
  • Kurikulum sains terdiri daripada dua mata pelajaran teras(Sains) dan empat mata pelajaran elektif yang ditawarkan di sekolah menengah( Biologi, Fizik, Kimia dan Sains Tambahan).
  • Kurikulum ini diperjelaskan dalam dua bentuk iaitu sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran.
  • Buku teks yang digunakan bagi mata pelajaran sains di semua sekolah menengah juga mengikut tafsiran sukatan pelajaran yang telah dibuat.
  • Kurikulum sains KBSM adalah kurikulum formal dan terancang di sekolah yang mana mata pelajaran Sains sama ada teras mahupun elektif diajar kepada pelajar sekolah menengah. Namun, kurikulum Sains KBSM tidak mempunyai kursus atau program pengajian kerana KBSM hanya memfokuskan kepada kurikulum sekolah menengah
  • Kurikulum Sains KBSM ini juga memerlukan pengalaman terancang yang mana pelajar boleh mengaplikasikan pengetahuan teori sains dalam aktiviti luar kurikulum dan kehidupan seharian.
  • Terdapat beberapa jenis kurikulum iaitu kurikulum rasmi kerana ianya didokumentasikan dalam Kurikulum Pendidikan, kurikulum operasi kerana isi kandungannya melibatkan proses P&P, kurikulum utama kerana mata pelajaran sains seperti mata pelajaran sains teras wajib diajar di semua sekolah menengah, kurikulum tersembunyi kerana melibatkan norma atau nilai daripada apa yang diajar dan dipelajari seperti berusaha, tolong menolong, bertanggungjawab dan sebagainya, dan kurikulum luar seperti aplikasi sains dalam kehidupan seharian.

  • Kurikulum Sains KBSM dilaksanakan berdasarkan kerangka kurikulum yang berpandukan Tyler Rationale


Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Pada tahun 1983, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan dan melalui transformasi 10 tahun kemudian (1993) dengan nama baru iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR). Pada tahun 2003, KBSR disemak semula dan diperincikan dari segi bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum sebelum mengalami sekali lagi transformasi yang dikenali kini sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KSSR ini dilaksanakan pada tahun 2011 dan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan berasaskan prinsip KBSR iaitu pendekatan bersepadu, perkembangan individu menyeluruh, peluang dan kualiti pendidikan yang sama bagi semua murid dan pendidikan sepanjang hayat.


Kurikulum Standard Sekolah Menengah

KSSM adalah transformasi pendidikan yang berasaskan prinsip KBSM sedia ada dan membawa kepada perubahan dalam reka bentuk kurikulum, organisasi kurikulum, kandungan kurikulum dan penekanan kepada kemahiran abad ke-21. KSSM bakal dilaksanakan pada tahun 2014. Sebagaimana KSSR, pelaksanaan KSSM mengambilkira perubahan sukatan bagi semua mata pelajaran, perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta mengurangkan fokus kepada peperiksaan.