Pages

Tuesday 27 September 2011

Aktiviti 7

Huraikan secara ringkas maksud teras pengetahuan guru kecuali PCK.

Maksud pengetahuan isi kandungan adalah mengetahui ilmu tentang isi-isi penting yang terdapat dalam setiap subjek atau topik yang hendak diajar, mengikut kesesuaian tahap penguasaan pelajar. contohnya pelajar tingkatan 4 belajar tentang jirim dan bahan. Guru harus mengetahui fakta-fakta di dalam tajuk itu.

Maksud pengetahuan pedagogi am adalah mengetahui ilmu kemahiran iaitu kemahiran yang perlu digunakan oleh guru untuk menyampai ilmu bagi memantapkan lagi bidang pendidikan. contohnya guru mengajar melalui eksperimen tentang tajuk yang diajar seperti analisis perubahan zarah-zarah dalam jirim.

Pengetahuan kurikulum bermaksud mengetahui sukatan pelajaran yang perlu diajar mengikut proses pengajaran dan pembelajaran. serta kesesuaian yang harus digunakan mengikut tahap penguasaan pelajar.

Pengetahuan tentang pelajar dan ciri mereka bermaksud seseorang guru mesti mengambil tahu tentang anak didik mereka samada mereka boleh belajar melalui visual, latihan atau aktiviti-aktiviti yang boleh menarik minat mereka untuk belajar. Selain itu mengetahui masalah pelajar bagi membantu proses pembelajaran dan pengajaran.

Pengetahuan konteks pendidikan bermaksud mempunyai idea tentang aspek pendidikan yang perlu diajar  mengikut kementerian pendidikan Malaysia bagi memudahkan proses pembelajaran.

Pengetahuan matlamat, tujuan, nilai dan falsafah pendidikan serta asas sejarah  bermaksud mengetahui tujuan dan matlamat asal pendidikan bagi melahirkan insan yang bertanggungjawab dan berjaya mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan serta dapat membangunkan negara selain itu pelajar akan mencintai negara Malaysia sekiranya mereka mengetahui sejarah pendidikan  dan juga falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan negara adalah suatu usaha berterusan kea rah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkninsan yang seimbang dan harmonis dari segi intek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

No comments:

Post a Comment