Pages

Tuesday 27 September 2011

Aktiviti 2


Kurikulum Sains KBSM

  • Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) merupakan satu lanjutan dari KBSR.
  • Diperkenalkan pada tahun 1989 oleh Pusat Perkembangan Kurikulum di Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Kurikulum Sains KBSM dilaksanakan berasaskan Falsafah Pendidikan Negara
  • Kurikulum sains KBSM menggabungkan isi kandungan dan proses.
  • Isi kandungannya merangkumi konsep, prinsip, hukum, masalah, fakta dan definisi.
  • Proses melibatkan kemahiran dan strategi berfikir, kemahiran saintifik serta kemahiran sosial termasuk penerapan nilai dan sikap dan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
  • Kurikulum ini juga berlandaskan Falsafah Pendidikan SainS.
  • Kurikulum sains terdiri daripada dua mata pelajaran teras(Sains) dan empat mata pelajaran elektif yang ditawarkan di sekolah menengah( Biologi, Fizik, Kimia dan Sains Tambahan).
  • Kurikulum ini diperjelaskan dalam dua bentuk iaitu sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran.
  • Buku teks yang digunakan bagi mata pelajaran sains di semua sekolah menengah juga mengikut tafsiran sukatan pelajaran yang telah dibuat.
  • Kurikulum sains KBSM adalah kurikulum formal dan terancang di sekolah yang mana mata pelajaran Sains sama ada teras mahupun elektif diajar kepada pelajar sekolah menengah. Namun, kurikulum Sains KBSM tidak mempunyai kursus atau program pengajian kerana KBSM hanya memfokuskan kepada kurikulum sekolah menengah
  • Kurikulum Sains KBSM ini juga memerlukan pengalaman terancang yang mana pelajar boleh mengaplikasikan pengetahuan teori sains dalam aktiviti luar kurikulum dan kehidupan seharian.
  • Terdapat beberapa jenis kurikulum iaitu kurikulum rasmi kerana ianya didokumentasikan dalam Kurikulum Pendidikan, kurikulum operasi kerana isi kandungannya melibatkan proses P&P, kurikulum utama kerana mata pelajaran sains seperti mata pelajaran sains teras wajib diajar di semua sekolah menengah, kurikulum tersembunyi kerana melibatkan norma atau nilai daripada apa yang diajar dan dipelajari seperti berusaha, tolong menolong, bertanggungjawab dan sebagainya, dan kurikulum luar seperti aplikasi sains dalam kehidupan seharian.

  • Kurikulum Sains KBSM dilaksanakan berdasarkan kerangka kurikulum yang berpandukan Tyler Rationale


Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Pada tahun 1983, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan dan melalui transformasi 10 tahun kemudian (1993) dengan nama baru iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR). Pada tahun 2003, KBSR disemak semula dan diperincikan dari segi bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum sebelum mengalami sekali lagi transformasi yang dikenali kini sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KSSR ini dilaksanakan pada tahun 2011 dan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan berasaskan prinsip KBSR iaitu pendekatan bersepadu, perkembangan individu menyeluruh, peluang dan kualiti pendidikan yang sama bagi semua murid dan pendidikan sepanjang hayat.


Kurikulum Standard Sekolah Menengah

KSSM adalah transformasi pendidikan yang berasaskan prinsip KBSM sedia ada dan membawa kepada perubahan dalam reka bentuk kurikulum, organisasi kurikulum, kandungan kurikulum dan penekanan kepada kemahiran abad ke-21. KSSM bakal dilaksanakan pada tahun 2014. Sebagaimana KSSR, pelaksanaan KSSM mengambilkira perubahan sukatan bagi semua mata pelajaran, perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta mengurangkan fokus kepada peperiksaan.

No comments:

Post a Comment