Pages

Tuesday 13 September 2011

Model Inkuiri

Inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat fenomena yang berlaku di sekeliling.Model inkuiri merupakan satu cara pengajaran menggunakan naluri ingin tahu untuk meneroka sesuatu ilmu. pengajaran ini dimulakan dengan menyediakan satu situasi yang bermasalah dan pelajar didorong untuk menyelesaikan masalah tersebut. oleh hal yang demikian, untuk mendapatkan penyelesaian, pelajar akan menjalankan eksperimen, menyoal dan berkomunikasi. Model inkuiri melibatkan pemerhatian, mengemukakan soalan, merujuk buku dan sumber maklumat lain bagi mendapatkan jalan penyelesaian yang tepat

Menurut Massialas dan Cox (1966), terdapat 6 fasa model pengajaran inkuiri.
  1. orientasi : guru mengemukakan masalah dan membina penyataan masalah
  2. hipotesis : membinan hipotesis untuk dijadikan panduan pengajaran yang akan dilaksanakan
  3. definisi : penerangan dan definisi istilah
  4. penerokaan : menguji hipotesis untuk mendapatkan kesahihan
  5. pembuktian: mengumpul fakta untuk menguji hipotesis
  6. generalisasi : penerangan tentang penyelesaian masalah
model ini terbahagi kepada:

guide inquiry
dikenali sebagai inkuiri terbimbing dimana guru memberi bimbingan atau petunjuk kepada pelajar. perencanaannya dibuat oleh guru, tetapi pelajar tidak merumuskan masalah, sebaliknya pelajar melakukannya sendiri di bawah bimbingan guru. model ini bersesuaian bagi kumpulan pelajar yang belum mempunyai pengalaman dalam menjalankan tugasan sendiri dan guru juga haruslah memiliki kemampuan mengelolakan kelas yang bagus.

modified inquiry
dalam model ini, guru memberikan permasalahan melalui pengamatan, percubaan atau prosedur penelitian untuk memperoleh jawapan dariapada pelajar. Namun, guru akan memberi bantuan sehingga memperoleh jawapan sekiranya pelajar tidak mampu menyelesaikan permasalahan tersebut.

free inquiry
pelajar harus mengidentifikasikan dan merumuskan masalah yang dipelajari seterusnya diselesaikan.
inquiry role approach
model ini melibatkan kumpulan pelajar untuk meyelesaikan masalah yang diberi. setiap ahli kumpulan memegang peranan dan tugas masing-masing.

invitation into inquiry
pelajar menjalankan kegiatan dengan prosedur berdasarkan masalah yang diberi dengan menggunakan kaedah saintifik

pictorial riddle
model ini merupakan kaedah mengajar yang dapat mengembangkan motivasi dan minat pelajar dalam perbincangan kumpulan kecil atau besar, gambar atau situasi untuk menarik pelajar berfikir secara kreatif dan kritis.

synectics lesson
berpusatkan penglibatan pelajar untuk membuka minda dan mengembangkan kreativiti berdasarkan contoh yang diberikan. melalui contoh yang diberikan, pelajar akan mula berfikir secara kreatif sehingga masalah dapat diselesaikan.

value clarification
pelajar lebih difokuskan pada kejelasan kaedah dan nilai-nilai dalam proses pembelajaran

No comments:

Post a Comment