Pages

Sunday 18 September 2011

Sejarah Perkembangan Pendidikan Sains di Malaysia

Sukatan Pelajaran Sains (Malaya 1940)

  • ditubuhkan pada 1939 oleh kerajaan Negeri-negeri Selat & Melayu Bersekutu.
  • kursus sains am selama 4 tahun di sekolah menengah
V
V

Kursus Sains ( Malaya 1948)

  • diperkenalkan di sebuah sekolah sahaja dalam Negeri Melayu Bersekutu
  • terhenti pada Perang Dunia Kedua (1941-1945)
V
V

Kursus Sains Am

  • diperkenalkan selepas Perang Dunia Kedua
  • sebelum merdeka
    • menggunakan sukatan pelajaran Britain
  • selepas merdeka
    • dasar dikemaskini dan diperluaskan
    • menjadikan pendidikan sains berperanan dalam pembangunan ekonomi & sosial.
V
V

Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2 ; 1971-1975)

  • memberi penekanan dan komitmen terhadap Pendidikan Sains & Teknologi
    • Jawatankuasa Pendidikan Razak 1956
      • membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang bersesuaian dengan aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang bangsa
      • menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
      • menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain
      • mengkaji Ordinan Pelajaran 1952 dan menbuat pindaan yang perlu
    • Jawatankuasa Rahman Talib 1960
      • mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun 1956
    • Jawatankuasa Pendidikan Kabinet 1979
      • menilai sejauh mana perlaksanaan dasar pelajaran kebangsaan yang sedia ada untuk melahirkan tenaga kerja yang diperlukan oleh negara
      • mengenalpasti sejauh mana dasar pelajaran kebangsaan dapat melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih
V
V

Kementerian Pendidikan (1960-an)

  • perubahan untuk meningkatkan kualiti pendidikan sains.
    • Projek Khas Sains Sekolah Rendah
      • untuk atasi kelemahan dan kekurangan dalam pendidikan sains
      • matlamat : pelajar boleh mempelajari pendidikan Sains dan Matematik yang bersesuaian dengan peringkat umur mereka
      • membolehkan pelajar mengingat, menggunakan fakta-fakta dan proses asasi
      • kertas panduan mata pelajaran Sains dan Hisab (Hassan 1971) : tujuan dan matlamat untuk mencapai isi dan cara penyampaian yang sesuai
    • Kurikulum Tradisi Sains Sekolah Menengah
      • terlalu mementingkan fakta, kurang kefahaman, tidak menyediakan latihan untuk pemikiran saintifik, terlalu memberi penekanan kepada pengetahuan dan kurang kepada proses serta mementingkan peperiksaan bukan kefahaman (tidak sesuai untuk sukatan masa kini)
    • Kurikurilum Sains Moden
      • untuk mempercepatkan proses perubahan kurikulum
      • untuk adaptasi kurikulum inovatif daripada barat; Scottish Intergrated (1999), Sains Tulen Moden (1972), Nuffield ‘O’ Level dan Nuffield General Science (1994)
      • tujuan : kemaskini kandungan sains, menggunakan pengajaran dan pelajaran berasaskan Model Inkuiri dan perluaskan kefahaman konsep
    • Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
      • memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran asas 3M
      • beberapa mata pelajaran telah digabungkan: Sains, Sejarah, Geografi, Kesihatan dan Sivik menjadi satu mata pelajaran baru (Alam dan Manusia)
      • Mata pelajaran Sains diperkenalkan semula pada tahun 1994/95 kepada murid tahun 4 bagi menggantikan mata pelajaran Alam dan Manusia
      • untuk memupuk minat terhadap mata pelajaran Sains
      • memperolehi kemahiran dan pengetahuan tentang mata pelajaran Sains bagi persediaan awal sebelum memasuki sekolah menengah
    • Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
      • diperkenalkan pada tahun 1996
      • untuk memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh
      • untuk melahirkan insan yang baik berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara
      • untuk membekalkan pengetahuan dan kemahiran Sains
      • untuk mengembangkan daya pemikiran saintifik serta nilai-nilai murni
      • boleh diaplikasi dalam kehidupan serta berupaya dalam menyelesaikan masalah
      • boleh menghasilkan insan yang bertanggungjawab dan bijak dalam menguruskan alam
V
V

Kementerian Pendidikan Malaysia abad ke-21

  • PPSMI
    • Atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.
    • Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah Negara.
    • Bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini

12 comments:

  1. bismillahirrahmanirrahim...
    setelah meneliti kronologi perkembangan sains di negara kita, dapatlah disimpulkan bahawa kepentingan sains sebagai mangkin kemajuan negara sememangnya disedari sejak dari zaman sebelum merdeka lagi. apa yang membezakan, setelah meredeka, kita telah mampu menggubal dasar pendidikan sendiri tanpa perlu meniru dasar luar yang tidak memenuhi tujuan utama pendidikan dilaksanakan iaitu perpaduan. contoh dasar yang digubal ialah Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang digubal telah menggariskan dengan jelas nilai-nilai integrasi antara pelbagai kaum di negara ini. tidak cukup dengan itu,pelbagai perubahan telah dilakukan dari semasa ke semasa antaranya mengadakan Projek Khas Sains Sekolah Rendah, Kurikulum Tradisi Sains Sekolah Menengah, Kurikulum Sains Moden,KBSR dan KBSM. negara kita sekali lagi mengorak langkah cemerlang apabila pembelajaran Sains dan Matematik dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris atau PPSMI. ini berdasarkan pertimbangan bahawa untuk mencapai taraf negara maju, perkembangan sains dan bahasa inggeris perlu bergerak seiring.

    ReplyDelete
  2. kemas!

    mungkin boleh ditambah lagi..
    pada tahun 2011 kbsr diubah menjadi kssr...

    ReplyDelete
  3. Pada hemat saya, sejarah perkembangan pendidikan sains di Malaysia telah berevolusi sejak zaman penjajah dan masih meniti arus perubahan, rasional dengan perkembangan kurikulum di malaysia. Generasi kini lebih beruntung kerana setiap peringkat di semua sekolah telah mempunyai mata pelajaran Sains sebagai mata pelajaran teras di peringkat KBSR mahupun KBSM. Ini kerana timbul kesedaran dan keprihatinan negara terhadap kepentingan sains seiring dengan arus globalisasi dunia kini. Cuba bayangkan sekiranya masih masih di tahun 1939 di mana kursus Sains hanya ditawarkan di sebuah sekolah sahaja yang mempunyai bilik dan kemudahan untuk mengajar Sains serta guru Sains yang berkelayakan. Sudah pasti masih ramai masyarakat Malaysia yang tandus ilmu sains dan kolot berfikir dan menggunakan teknologi semasa. Oleh hal yang demikian, kerajaan dengan penuh bestari telah memberi penekanan dan komitmen terhadap mata pelajaran sains dengan mengubah kurikulum sains supaya seiring dengan sukatan pelajaran British demi kemajuan negara dan masyarakat amnya. Hal ini terbukti dengan perlantikan dan penubuhan beberapa jawatankuasa seperti Jawatankuasa Pendidikan Razak 1956, Jawatankuasa Pendidikan Rahman Talib 1960, Jawatankuasa Pendidikan Kabinet 1979 untuk mengkaji dan mencadangkan syor-syor yang relevan untuk meningkatkan pengetahuan dan kualiti pendidikan Sains terutamanya melalui pelaksanaan mata pelajaran sains di semua sekolah di seluruh negara. Pada pandangan saya, perubahan kurikulum pendidikan sains ini banyak membantu para guru dan pelajar dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan lebih berkesan kerana guru mampu mengajar mengikut profesyen khusus masing-masing serta dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan sains yang baik. Selain itu, pelajar mampu belajar dengan lebih teratur, berfokus serta mengikut konsep betul berdasarkan sukatan pelajaran bagi mata pelajaran sains yang lebih relevan dan rasional. Namun, saya berasa agak kecewa apabila kementerian mengumumkan bahawa dasar PPSMI akan dimansuhkan menjelang 2012 dengan mengambilkira beberapa faktor. Mungkin benar dasar ini member impak negatif kepada palajar luar bandar khususnya yang lemah dalam bahasa inggeris. Namun, rasionalnya dasar ini ialah menyediakan platform pendidikan yang sesuai dengan pendidikan global terutamanya penggunaan internet dan buku rujukan antarabangsa, serta mampu melahirkan warganegara yang lebih berintelektual, beradaya saing dan maju seperti yang termaktub dalam wawasan 2020.

    ReplyDelete
  4. Sains amat berhubungkait dengan teknologi. Kita seharusnya berasa beruntung dan bersyukur dapat melibatkan diri dalam kursus KPD3016 ini yang banyak memberi pendedahan, kemahiran dan pengetahuan yang lebih baik.

    ReplyDelete
  5. sebagai bakal guru sains, kita seharusnya mengetahui bagaimana perkembangan mata pelajaran sains dari semasa ke semasa. melalui artikel yang diberikan iaitu mengenai 'Dampak Penyelidikan Pembelajaran Sains terhadap Perubahan Kurikulum' kita sendiri dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai kronologi perkembangan mata pelajaran sains di Malaysia. memang tidak dinafikan, amat sukar untuk menghabiskan bacaan tersebut sedangkan saya sendiri hanya mampu membaca beberapa mukasurat sahaja. namun, hasil perkongsian ahli kumpulan; alhamdulillah saya sendiri turut dapat mengikuti input-input penting yang terkandung dalam artikel tersebut. terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi berkongsi ilmu.

    jika diteliti sejarah perkembangan mata pelajaran sains, ianya telah belaku sebelum zaman kemerdekaan lagi. mata pelajaran sains dilihat sebagai satu komponen penting dalam kehidupan sejak dahulu lagi. cuma yang membezakan adalah cara penyampaian yang digunakan oleh tenaga pelajar. mata pelajaran sains pada mulanya lebih menekankan ke arah teori berbanding praktikalnya. namun, lama-kelamaannya cara penyampaian dan pembelajarannya dipertingkatkan dan diperbaiki agar penyampaiannya menjadi lebih menarik dan mantap. namun, jika dihayati, kebanyakan nenek moyang telah banyak mengamalkan 'mata pelajaran' sains dalam kehidupan seharian sebagai petua harian mereka. namun, disebabkan mereka tidak mendapat pendidikan yang sedemikian, mereka tidak menganggapnya sebagai sains. sabagai contoh, mereka menggunakan garam untuk membunuh siput.

    marilah kita menghargai bagaimana tokoh-tokoh terdahulu berjuang bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran sains seperti Rahmat Talib, Tun Razak, Tun Mahathir dan sebagainya. sebagai bakal guru, kita haruslah bijak dalam menarik minta pelajar terhadap mata pelajaran sains dan menggunakkan fasiliti yang disediakan sebaik mungkin bagi meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains. insyaallah..
    cikgu di hati;)

    ReplyDelete
  6. pada fikiran saya, dampak perkembangan pendidikan sains ini harus diketahui oleh semua guru yang mengajar pendidikan sains. ini kerana sebagai seorang guru mereka harus tahu tentang sejarah penubuhan dan juga perkembangan semasa tentang pendidikan sains. pendidikan sains ini penting bagi semua lapisan masarakat oleh sebab itu lah ia di perkenalkan dari sekolah rendah lagi. seperti carta diatas, pendidikan sains diperkenalkan sebelum perang dunia ke dua lagi. dan semakin zaman itu menuju zaman globalisasi pendidikan sains semakin berkembang pesat bersama pembangunan.pendidikan sains diperkenalkan sejak sekolah rendah lagi ia adalah untuk persedian awal bagi seseorang pelajar itu untuk meneruskan pelajaran ketahap yang lebih tinggi lagi. sekarang perkembangan pendidikan sains adalah bertujuan untuk melahirkan insan yang bernilai dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar. pendidikan sains pada zaman kini tidak seperti zaman dahulu. ketika zaman dahulu mereka hanya mementingkan fakta dan teori sahaja. akan tetapi perkemmbangan sains kini bukan sahaja mementingkan fakta serta teori bahkan ia juga mementingkan pengalaman dan kefahaman terhdap sesuatu melalui latihan ataupun eksperimen. pendidikan sains kini amat penting kerana semuanya berlaku didalam kehidupan kita. pelajar sekarang lebih pandai menyelesaikan masalah sendiri melalaui latihan ataupun eksperimen mereka. mereka juga boleh mengaplikasikan apa yang mereka belajar didalam kehidupan mereka. sebagai bakal guru saya inginkan pelajar saya lebih memahami pendidikan sains dengan baik dan bukan belajar untuk peperiksaan tetapi belajar untuk memahami serta mengaplikasikannya didalam kehidupan.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum

    Pendidikan sains mampu meningkatkan perkembangan sosioekonomi dan taraf hidup masyarakat. Disebabkan itu,kerajaan sentiasa cuba untuk menambah baik P&P bagi pendidikan sains agar setaraf dengan dunia luar....jadi, insyaAllah kita sebagai bakal guru sains haruslah berganding bahu memikul tanggungjawab yang diberikan...renung2kan dan selamat beramal...sekian

    ReplyDelete
  8. Tak mungkin dapat saya sangkalkan pandangan bernas yang diutarakan oleh sahabat-sahabat saya. Sesungguhnya melalui pembacaan jurnal 'Dampak Penyelidikan Pembelajaran Sains terhadap Perubahan Kurikulum', ianya betul-betul membuka mata saya betapa pentingnya pendidikan dan kemahiran sains dan teknologi di negara kita bahkan seluruh dunia. Memandangkan isi kandungan jurnal tersebut mencapai berpuluh muka surat, ia sedikit sebanyak menguji daya fokus saya untuk meneruskan pembacaan. Secara logiknya, agak mustahil untuk saya menghabiskan bacaan memandangkan masa yang terhad. Namun, hasil kerja berkumpulan sungguh mendatangkan faedah dimana ahli-ahli kumpulan membahagikan setiap kandungan. Kemudiannya kami melakukan sesi perbincangan sebelum membuat ringkasan mengenai perkembangan pendidikan sains seperti yang tertera di dalam blog ini. Kerjasama yang dihulurkan oleh semua ahli kumpulan sesungguhnya membuahkan hasil.

    Berdasarkan kronologi perkembangan pendidikan sains yang telah diringkaskan di atas, dapat kita simpulkan bahawa pendidikan sains betul-betul dititikberatkan oleh kerajaan negara mahupun penjajah. Sukatan pelajaran sains (Malaya 1940) diperkenalkan oleh kerajaan negeri-negeri Selat dan Melayu Bersekutu. Namun ianya terhenti apabila tercetus Perang Dunia Kedua. Sistem pelajaran diperkenalkan semula sebagai kursus sains am mengikut sukatan pelajaran Britain. Kerajaan kemudiannya mengemaskini dan memperluaskan dasar bersesuai dengan peranan pendidikan Sains dalam pembangunan ekonomi dan sosial. Sepanjang masa berlalu, Kementerian Pendidikan melakukan perubahan seperti Projek Khas Sains Sekolah Rendah dan sebagainya. Dengan penekanan yang diberikan, jurnal tersebut sedikit sebanyak membuta mata para guru mahupun bakal guru tentang pentingnya sains dan teknologi.

    ReplyDelete
  9. Nampak teratur..isi yang padat namun penggunaan hitam dan putih kurang memberi tarikan.Namun dapat diselamatkan dengan isis yang mantap..Boleh diperbaiki lagi di masa depan.Apa yang dapat simpulkan ialah semakin maju kepdepan semakin kita memerlukan tenaga yang mahir bukan sahaja dari segi fakta namun dari segala aspek.Iaitu kemahiran dan fakta

    ReplyDelete
  10. kronologi dah teratur dan memberi maklumat yg jelas.tapi kalau boleh lain kali jadikan point2 penting dalam bentuk yang boleh menarik pembaca untuk jatuh hati membaca ye..dgn cara tersebut...dengan sekali baca shj pembaca boleh memahami dan mengasimilasikan perubahan subjek sains dlm p & p dengn baik

    ReplyDelete
  11. may I know where to get the facts/history that you write about the sejarah perkembangan kurikulum sains Malaysia? I am looking for more details for my thesis. Thanks

    ReplyDelete
  12. Best bets for soccer today - Sports Toto
    Today, we're going to apr casino tell you a few key to 토토사이트 checking into soccer betting apps. communitykhabar of the most popular soccer betting options and which gri-go.com ones will

    ReplyDelete