Pages

Tuesday 27 September 2011

Aktiviti 3

Huraikan secara ringkas maksud setiap Pengetahuan.



pengetahuan deklaratif

pengetahuan yang dikaitkan dengan sesuatu fakta yang tersimpan dalam ingatan atau sebagainya yang pastinyanya diketahui bersifat statik. pengetahuan seperti ini kebiasaannya digunakan untuk menerangkan atau menghuraikan sesuatu perkara. sesuatu perkara, ciri-cirinya dan hubungan antara sesuatu perkara dan ciri-cirinya dikenalpasti

sebagai domain bagi pengetahuan ini. sebagai contoh; atom adalah bagian terkecil dari suatu benda atau zat yang didalamnya terkandung elektron, proton dan neutron.


pengetahuan tatacara

pengetahuan ini dikaitkan dengan bagaimana untuk melakukan sesuatu perkara. orang ramai akan bertanyakan ‘bagaimana’ untuk melakukan sesuatu perkara berbanding lebih memahami teori mahupun isi yang cuba disampaikan. pengetahuan ini lebih menekankan cara melakukan sesuatu perkara mengikut langkah-langkah yang diperlukan berbanding kemahiran sebenar yang perlu dimiliki.

sebagai contoh;cara menunggang motosikal dengan baik tanpa menghayati langkah keselamatan yang perlu dititikberatkan.


pengetahuan struktur

pengetahuan ini menjadi asas kepada penyelesaian sesuatu masalah, ia memerlukan perangkaan strategi, tetapan keadaan bagi berbeza prosedur dan dalam masa yang sama merancang tindakan yang harus diambil jika apa yang ingin dicapai gagal diperoleh.

sebagai contoh; merancang mengadakan hari sukan di padang sekolah. sekiranya hujan pada hari kejadian, apakah langkah yang harus diambil sebagai ganti rancangan tersebut?

pengetahuan eksplisit

sesuatu pengetahuan seseorang individu yang mudah ditulis mahupun dibaca. pengetahuan ini kebiasaannya wujud daripada pembelajaran melalui pemerhatian, pembacaan atau perbincangan berkumpulan. lazimnya pengetahuan jenis ini boleh diterjemahkan dalam bentuk pencetakan atau panduan eletronik mahupun disimpan dalam sesuatu rangkaian.

sebagai contoh, penerangan yang jelas mengenai langkah-langkah yang harus diambil ketika membuat panggilan antarabangsa daripada perkhidmatan telekomunikasi anda.


pengetahuan tanpa dizahirkan (tacit knowledge)

pengetahuan jenis ini lazimnya sukar ditemui dalam sesuatu dokumen rasmi. kebiasaannya pemilik pengetahuan sedemikianmenyedari bahawa mereka memperolehnya dalam sesuatu tempoh melalui pengalaman yang dilalui samada dilihat, dirasai atau konsep ‘bagaimana sesuatu itu dilakukan?’. manusia kebiasaannya membina pengetahuan seperti ini melalui masa yang diluangkan dalam peranan mahupun tanggungjawab dalam sesuatu organisasi.

sebagai contoh; pekerja baru akan mula membina ‘tacit knowledge’ apabila dia melibatkan diri dalam suatu organisasi baru. malah, hal ini juga sukar untuk dikongsi dengan pihak lain.

blogger-emoticon.blogspot.com

No comments:

Post a Comment