Pages

Tuesday 13 September 2011

Bab 1

Apakah itu pendidikan?
Sebelum kita menjawab persoalan di atas cuba kita rungkaikan perkataan pendidikan itu sendiri. Sebagai contoh perkataan  pendidik orang yang mengajar atau lebih tepat lagi dikenali sebagai seorang guru. Manakala perkataan didik iaitu ajar atau asuh. Selain itu perkataan didikan pula bermaksud tentang intelek atau lebih mudah untuk difahami oleh semua lapisan masyarakat iaitu ilmu. Oleh itu pendidikan boleh dikaitkan dengan pengajaran, pembelajaran, teknologi dan penaksiran.

Sekarang kita kembali pada persoalan di atas. Pendidikan merupakan salah satu aset penting bagi semua manusia. Pendidikan berpotensi mengubah gaya hidup manusia. Ia juga dapat membezakan taraf hidup seseorang manusia dengan pendidikan kehidupan manusia boleh berubah dengan serta merta.

Pendidikan juga merupakan asas terpenting kepada setiap individu. Justeru itu pendidikan sangat berguna dalam kehidupan kita. Sebagai contohnya asas bagi kehidupan kita adalah makan, minum, tidur dan sebagainya. Jika kita tiada pendidikan bagaimana kita hendak makan makanan dengan sopan dan teratur. Inilah kepentingan pendidikan. Pendidikan juga boleh berubah mengikut peredaran zaman, ia berkaitan tujuan pendidikan itu sendiri. Di mana kita ada tujuan disitu adanya pendidikan.

Selain itu, pendidikan itu sendiri mempunyai matlamat iaitu  untuk pengetahuan, ilmu dan memperoleh kebijaksanaan serta mengaplikasikan pendidikan itu dalam mengajar supaya pelajaran yang diajar akan terus berkembang. Dengan adanya pendidikan kita dapat mengurus semua hal serta mengatasi masalah dengan bijak dan cekap. 


Apakah itu pengajaran?
Pengajaran ialah proses dimana kegiatan atau aktiviti diteliti dan disusun untuk pelajar bagi bertujuan merubah sikap dan tingkah laku pelajar ke arah kebaikan. Pengajaran dirancang oleh pihak-pihak tertentu seperti guru dan dilaksanakan dengan pelbagai strategi dan kaedah yang berkesan dan bersesuaian dengan tahap pemikiran pelajar bagi menarik minat dan memotivasi mereka untuk menimba ilmu pengetahuan.

Thomas F. Green
“tujuan mengajar ialah menukar tingkahlaku dan kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru”

Apakah ciri-ciri pengajaran?
  • Guru dan murid
  • Guru sebagai pengajar dan murid sebagai pelajar
  • Hanya bermakna apabila ada pembelajaran
  • Melibatkan instruksi diikuti latihan, indoktrinasi dan pelaziman
  • Melibatkqan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol
  • Ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian
  • Boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan gur, muriddan gabungan murid-guru serta berpusatkan sumber
  • Meliputi perancangan mengajar (KOPI)
  • Proses yang melibatkan interaksi dua hala
  • Ada unsur sains dan seni
Guru harus tahu
  • Perubahan yang dikehendaki
  • Jenis kemahiran yang hendak dibentuk
  • Perubahan sikap yang hendak dicapai
Apakah itu Pembelajaran?
Secara umumnya, pembelajaran adalah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan serta pembentukan sikap. Pembelajaran juga dianggap suatu perubahan tingkah laku yang kekal. Proses pembelajaran pula tidak mempunyai batasan di mana ianya bermula sebaik sahaja dilahirkan.

Aspek definisi pembelajaran mempunyai beberapa perbezaan pendapat antara ahli-ahli pendidikan mengikut fahaman masing-masing. Berikut adalah beberapa tokoh yang mengemukakan pengertian pembelajaran ;

Tokoh
Tajuk Buku
Definisi
Robert M Gagne
The Conditions of Learning, 1970
Pembelajaran ialah perubahan atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan yang bukan disebabkan pertumbuhan. Perubahan yang digelar pembelajaran diperlihatkan melalui perubahan tingkah laku sebelum didedahkan kepada situasi pembelajaran dengan tingkah laku selepas pendedahan situasi pembelajaran.
Morgan & King
Introduction to Psychology, 1975
Pembelajaran ialah sebarang perubahan tingkah laku yang agak kekal hasil pengalaman diperolehi atau akibat latihan yang dijalani.
E.R. Hilgard, R.C. Atkinson dan R.L. Atkinson
Introduction to Psychology, 1975
Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang kekal akibat pengalaman. Perubahan mungkin tidak jelas sehingga menimbulkan tingkah laku baru. Pembelajaran selalunya tidak diperlukan dengan serta-merta melalui pencapaian.

Henry Clay Lindgren dan Donn Byrne

Psychology: An Introduction to a Behavioral Science, 1976

Pembelajaran melambangkan konsep atau idea bagi tujuan menerangkan perubahan tingkah laku yang diperlihatkan
Morris L. Bigge
Learning Theories for Teachers, 1982
Pembelajaran merujuk kepada beberapa perubahan tingkah laku yang berlaku hasil dari pengalaman dalam situasi tertentu
Kelvin Seifert
Educational Psychology, 1983
Pembelajaran merangkumi perubahan tingkah laku agak kekal disebabkan pengalaman tertentu atau ulangan pengalaman
Anita E. Woolfolk
Educational Psychology, 1995
Pembelajaran ialah suatu proses di mana pengalaman menyebabkan perubahan pengetahuan dan tingkah laku yang kekal.


Apakah itu teknologi?


Menurut Wikipedia, teknologi merupakan rekaan, pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia sejajar dengan perkembangan semasa. Umumnya, teknologi ini ditakrifkan sebagai aplikasi pengetahuan sains untuk manfaat manusia. Istilah teknologi ini dikatakan berasal daripada perkataan Yunani iaitu technologia yang bermaksud seni. Bahkan ada yang mengatakan istilah teknologi ini berasal daripada perkataan Perancis yang diertikan sebagai ‘ semua proses yang dilaksanakan dalam upaya untuk mewujudkan sesuatu secara rasional’. Manakala menurut Manuel Castells daripada Capra(2004), teknologi sebagai kumpulan alat, aturan dan prosedur yang merupakan penerapan pengetahuan ilmiah terhadap suatu pekerjaan tertentu dalam cara yang memungkinkan pengulangan. Teknologi juga merupakan aplikasi ilmu untuk dikembangkan dan diperluas untuk membaiki keadaan manusia. Dengan kata lain, teknologi merupakan sesuatu yang memudahkan kerja dan memberikan faedah.

Dalam kursus KPD 3016- Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran, kami memberi fokus kepada teknologi dalam pendidikan. Teknologi pendidikan juga dikenali sebagai teknologi pengajaran yang mana ianya satu proses kompleks dan bersepadu kerana merangkumi manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah, menilai dan penyelesaian masalah supaya pembelajaran itu lebih terkawal. Sebagai contoh, buku, computer, LCD, dan kalkulator. Dunia kini merupakan dunia global yang berkembang seiring dengan perkembangan sains dan teknologi. Oleh hal yang sedemikian, sistem pendidikan di seluruh dunia menekankan pengaplikasian aspek teknologi dalam pendidikan supaya ilmu lebih mudah disampaikan dan diterima dengan lebih efektif.


Apakah itu Penaksiran?

Penaksiran merupakan satu proses yang lazimnya digunakan oleh guru untuk mendapat hasil pengajaran yang disampaikan kepada pelajar melalui pelbagai kaedah samada dari segi penilaian, latihan mahupun secara praktikalnya. Melalui penaksiran, seseorang pendidik itu mampu menilai sejauh mana tahap pembelajaran seseorang pelajar tersebut. Sebagai contoh, guru lazimnya memberikan beberapa latihan ringkas kepada pelajar sebaik sahaja menghabiskan sesuatu topik pengajaran. Melalui latihan itu, guru dapat melihat apakah pengajaran yang disampaikan itu berjaya dikuasai oleh pelajar atau tidak. Jika masih gagal, guru perlu mencari alternatif lain bagi meningkatkan kefahaman pelajar, dan penaksiran yang berikutnya perlu dilakukan.

    No comments:

    Post a Comment