Pages

Tuesday 27 September 2011

Aktiviti 4

Nyata dan huraikan contoh PCK yang dapat digunakan untuk mengajar topik kumpulan masing-masing.

  1. KEFAHAMAN (COMPREHENSION)

· Dalam proses mengajar, guru perlu memahami isi kandungan pelajaran dan juga pelajarnya. Guru-guru perlu memahami apa yang perlu diajar dan juga isi kandungan dalam bentuk pelbagai cara. Guru juga perlu memahami tahap perkembangan pelajar dimana ianya mempengaruhi kebolehan mereka untuk belajar.

  1. TRANSFORMASI (TRANSFORMATION)

· Idea-idea dan kefahaman yang telah difahami mesti ditukar dalam beberapa cara yang berbeza agar ia boleh diajar kepada pelajar yang terdiri daripada pelbagai kemampuan. Transformasi isi kandungan ke dalam bentuk yang boleh diajar memerlukan pemahaman tentang hasil pembelajaran dan bagaimana pelajar menunjukkan apa yang ia telah pelajari.

  1. INSTRUKSI (INSTRUCTION)

· Instruksi merupakan aspek pedagogi yang terpenting dimana ianya merangkumi organisasi dan mengurusan bilik darjah, bentuk penerangan dan huraian yang jelas, memberi dan menyemak tugasan, berinteraksi dengan pelajar secara berkesan dengan soalan, jawapan dan tindak balas, serta pujian dan kritikan.

  1. PENILAIAN (EVALUATION)

· Penilaian meliputi semakan formal pemahaman pelajar tentang isi kandungan yang telah diajar berdasarkan objektif dan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Contohnya melalui ujian, kuiz dan soal jawab.

  1. REFLEKSI (REFLECTION)

· Proses ini dilakukan oleh guru untuk mengimbas kembali pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku melalui proses mengingat, menjana peta minda dan membuat ringkasan. Proses ini membantu pelajar mampu menilai perolehan dan kefahaman mereka sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

No comments:

Post a Comment