Pages

Tuesday 27 September 2011

Aktiviti 6

Topik : Jirim dan Bahan

Antara kemahiran yang dapat dikenal pasti ialah:

blogger-emoticon.blogspot.comKemahiran memerhati

  • Pelajar memerhatikan sebarang perubahan jirim yang berlaku pada masa tertentu.
  • Contoh aktiviti : pelajar dibekalkan dengan beberapa bongkah ais dan dikehendaki mencatatkan perubahan selang 15 minit.
  • Daripada aktiviti dan pemerhatian, pelajar dapat menyimpulkan bongkah ais mengalami perubahan daripada keadaan pepejal kepada cecair kepada gas.
  • Daripada perubahan tersebut pelajar dapat menerangkan haba diserap atau dibebaskan.

blogger-emoticon.blogspot.comKemahiran melukis

  • Salah satu kemahiran terpenting dalam sains adalah melukis. Dalam topik ini, pelajar perlu mahir melukis dan melabel struktur-struktur atom, dan zarah-zarah subatom.
  • Contoh aktiviti : pelajar melukis rajah untuk menggambarkan persamaan dan perbezaan zarah-zarah subatom iaitu proton, electron, dan neutron.

blogger-emoticon.blogspot.comKemahiran mengumpul dan mengintepretasikan data

  • Dalam subtopik mengaplikasi idea nombor proton dan nombor nucleon atom unsur, pelajar perlu tahu untuk menyatakan nombor proton dan nombor nucleon bagi unsur yang diberikan.
  • Contoh aktiviti : pelajar dikehandaki membina satu jadual untuk menunjukkan nombor proton, electron, dan neutron bagi sesuatu unsur. Hadkan unsur kepada unsur-unsur kumpulan 1 dan 2.
  • Setelah itu, pelajar perlu tahu untuk menerangkan perhubungan antara nombor proton, neutron, dan electron bagi unsur dan hubungan antara nombor proton dan nombor nucleon.

blogger-emoticon.blogspot.comKemahiran menaakul secara saintifik

  • Pelajar mampu untuk menerangkan sesuatu keadaan atau perubahan berdasarkan teori saintifik.
  • Contoh aktiviti : pelajar diberi satu graf perubahan jirim semasa proses peleburan, pendidihan, kondensasi, pembekuan, dan pemejalwapan.
  • Pelajar hendaklah menerangkan perubahan dari satu keadaan jirim ke satu keadaan lain dan sebaliknya berdasarkan teori kinetic jirim.

blogger-emoticon.blogspot.comKemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

  • Pelajar membincangkan kepentingan jadual berkala dalam pendekatan sistematik untuk mengkaji sifat-sifat unsur.
  • Pelajar dapat menyenaraikan beberapa ciri unsur dan kegunaannya.

blogger-emoticon.blogspot.comKemahiran manipulatif

  • Pelajar menjalankan eksperimen untuk mengkaji takat lebur dan kekonduksian elektrik bahan yang diperbuat daripada :
  1. Atom seperti plumbum
  2. Molekul seperti sulphur
  3. Ion seperti natrium klorida
  • Pelajar dapat memberi penerangan berdasarkan hasil eksperimen.

1 comment:

  1. Assalamualaikum..

    Satu persoalan yang saya ingin kongsikan ialah adakah kemahiran-kemahiran tersebut dapat diterapkan dalam diri setiap pelajar??...pada pendangan saya penerapan kemahiran-kemahiran tersebut tidak boleh dilakukan dengan baik disebabkan terlampau ramai pelajar dalam sesebuah kelas dan secara tidak langsung proses interaksi antara guru dengan pelajar tidak berlaku dengan baik.

    selain itu, peruntukan masa yang tertentu untuk setiap sesi pengajaran adalah telah ditetapkan oleh pihak pengurursan sekolah. Masa pengajaran yang singkat dan jumlah pelajar yang ramai sekali gus menyebabkan kesusahan terhadap guru untuk memastikan kemahiran-kemahiran tersebut dapat diterapi dalam diri setiap pelajar....bagaimana cara untuk kita mengatasinya?? agar kemahiran-kemahiran tersebut dapat dikuasai oleh setiap pelajar...renung2kan...

    ReplyDelete