Tuesday, 27 September 2011
Aktiviti 7
Aktiviti 6
Topik : Jirim dan Bahan
Antara kemahiran yang dapat dikenal pasti ialah:
Kemahiran memerhati
- Pelajar memerhatikan sebarang perubahan jirim yang berlaku pada masa tertentu.
- Contoh aktiviti : pelajar dibekalkan dengan beberapa bongkah ais dan dikehendaki mencatatkan perubahan selang 15 minit.
- Daripada aktiviti dan pemerhatian, pelajar dapat menyimpulkan bongkah ais mengalami perubahan daripada keadaan pepejal kepada cecair kepada gas.
- Daripada perubahan tersebut pelajar dapat menerangkan haba diserap atau dibebaskan.
Kemahiran melukis
- Salah satu kemahiran terpenting dalam sains adalah melukis. Dalam topik ini, pelajar perlu mahir melukis dan melabel struktur-struktur atom, dan zarah-zarah subatom.
- Contoh aktiviti : pelajar melukis rajah untuk menggambarkan persamaan dan perbezaan zarah-zarah subatom iaitu proton, electron, dan neutron.
Kemahiran mengumpul dan mengintepretasikan data
- Dalam subtopik mengaplikasi idea nombor proton dan nombor nucleon atom unsur, pelajar perlu tahu untuk menyatakan nombor proton dan nombor nucleon bagi unsur yang diberikan.
- Contoh aktiviti : pelajar dikehandaki membina satu jadual untuk menunjukkan nombor proton, electron, dan neutron bagi sesuatu unsur. Hadkan unsur kepada unsur-unsur kumpulan 1 dan 2.
- Setelah itu, pelajar perlu tahu untuk menerangkan perhubungan antara nombor proton, neutron, dan electron bagi unsur dan hubungan antara nombor proton dan nombor nucleon.
Kemahiran menaakul secara saintifik
- Pelajar mampu untuk menerangkan sesuatu keadaan atau perubahan berdasarkan teori saintifik.
- Contoh aktiviti : pelajar diberi satu graf perubahan jirim semasa proses peleburan, pendidihan, kondensasi, pembekuan, dan pemejalwapan.
- Pelajar hendaklah menerangkan perubahan dari satu keadaan jirim ke satu keadaan lain dan sebaliknya berdasarkan teori kinetic jirim.
Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
- Pelajar membincangkan kepentingan jadual berkala dalam pendekatan sistematik untuk mengkaji sifat-sifat unsur.
- Pelajar dapat menyenaraikan beberapa ciri unsur dan kegunaannya.
Kemahiran manipulatif
- Pelajar menjalankan eksperimen untuk mengkaji takat lebur dan kekonduksian elektrik bahan yang diperbuat daripada :
- Atom seperti plumbum
- Molekul seperti sulphur
- Ion seperti natrium klorida
- Pelajar dapat memberi penerangan berdasarkan hasil eksperimen.
Aktiviti 4
Nyata dan huraikan contoh PCK yang dapat digunakan untuk mengajar topik kumpulan masing-masing.

· Dalam proses mengajar, guru perlu memahami isi kandungan pelajaran dan juga pelajarnya. Guru-guru perlu memahami apa yang perlu diajar dan juga isi kandungan dalam bentuk pelbagai cara. Guru juga perlu memahami tahap perkembangan pelajar dimana ianya mempengaruhi kebolehan mereka untuk belajar. |
· Idea-idea dan kefahaman yang telah difahami mesti ditukar dalam beberapa cara yang berbeza agar ia boleh diajar kepada pelajar yang terdiri daripada pelbagai kemampuan. Transformasi isi kandungan ke dalam bentuk yang boleh diajar memerlukan pemahaman tentang hasil pembelajaran dan bagaimana pelajar menunjukkan apa yang ia telah pelajari. |
· Instruksi merupakan aspek pedagogi yang terpenting dimana ianya merangkumi organisasi dan mengurusan bilik darjah, bentuk penerangan dan huraian yang jelas, memberi dan menyemak tugasan, berinteraksi dengan pelajar secara berkesan dengan soalan, jawapan dan tindak balas, serta pujian dan kritikan. |
· Penilaian meliputi semakan formal pemahaman pelajar tentang isi kandungan yang telah diajar berdasarkan objektif dan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Contohnya melalui ujian, kuiz dan soal jawab. |
· Proses ini dilakukan oleh guru untuk mengimbas kembali pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku melalui proses mengingat, menjana peta minda dan membuat ringkasan. Proses ini membantu pelajar mampu menilai perolehan dan kefahaman mereka sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. |
Aktiviti 2
- Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) merupakan satu lanjutan dari KBSR.
- Diperkenalkan pada tahun 1989 oleh Pusat Perkembangan Kurikulum di Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Kurikulum Sains KBSM dilaksanakan berasaskan Falsafah Pendidikan Negara
- Kurikulum sains KBSM menggabungkan isi kandungan dan proses.
- Isi kandungannya merangkumi konsep, prinsip, hukum, masalah, fakta dan definisi.
- Proses melibatkan kemahiran dan strategi berfikir, kemahiran saintifik serta kemahiran sosial termasuk penerapan nilai dan sikap dan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
- Kurikulum ini juga berlandaskan Falsafah Pendidikan SainS.
- Kurikulum sains terdiri daripada dua mata pelajaran teras(Sains) dan empat mata pelajaran elektif yang ditawarkan di sekolah menengah( Biologi, Fizik, Kimia dan Sains Tambahan).
- Kurikulum ini diperjelaskan dalam dua bentuk iaitu sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran.
- Buku teks yang digunakan bagi mata pelajaran sains di semua sekolah menengah juga mengikut tafsiran sukatan pelajaran yang telah dibuat.
- Kurikulum sains KBSM adalah kurikulum formal dan terancang di sekolah yang mana mata pelajaran Sains sama ada teras mahupun elektif diajar kepada pelajar sekolah menengah. Namun, kurikulum Sains KBSM tidak mempunyai kursus atau program pengajian kerana KBSM hanya memfokuskan kepada kurikulum sekolah menengah
- Kurikulum Sains KBSM ini juga memerlukan pengalaman terancang yang mana pelajar boleh mengaplikasikan pengetahuan teori sains dalam aktiviti luar kurikulum dan kehidupan seharian.
- Terdapat beberapa jenis kurikulum iaitu kurikulum rasmi kerana ianya didokumentasikan dalam Kurikulum Pendidikan, kurikulum operasi kerana isi kandungannya melibatkan proses P&P, kurikulum utama kerana mata pelajaran sains seperti mata pelajaran sains teras wajib diajar di semua sekolah menengah, kurikulum tersembunyi kerana melibatkan norma atau nilai daripada apa yang diajar dan dipelajari seperti berusaha, tolong menolong, bertanggungjawab dan sebagainya, dan kurikulum luar seperti aplikasi sains dalam kehidupan seharian.
- Kurikulum Sains KBSM dilaksanakan berdasarkan kerangka kurikulum yang berpandukan Tyler Rationale
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Pada tahun 1983, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan dan melalui transformasi 10 tahun kemudian (1993) dengan nama baru iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR). Pada tahun 2003, KBSR disemak semula dan diperincikan dari segi bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum sebelum mengalami sekali lagi transformasi yang dikenali kini sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KSSR ini dilaksanakan pada tahun 2011 dan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan berasaskan prinsip KBSR iaitu pendekatan bersepadu, perkembangan individu menyeluruh, peluang dan kualiti pendidikan yang sama bagi semua murid dan pendidikan sepanjang hayat.
Kurikulum Standard Sekolah Menengah
KSSM adalah transformasi pendidikan yang berasaskan prinsip KBSM sedia ada dan membawa kepada perubahan dalam reka bentuk kurikulum, organisasi kurikulum, kandungan kurikulum dan penekanan kepada kemahiran abad ke-21. KSSM bakal dilaksanakan pada tahun 2014. Sebagaimana KSSR, pelaksanaan KSSM mengambilkira perubahan sukatan bagi semua mata pelajaran, perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta mengurangkan fokus kepada peperiksaan.
Aktiviti 3
pengetahuan yang dikaitkan dengan sesuatu fakta yang tersimpan dalam ingatan atau sebagainya yang pastinyanya diketahui bersifat statik. pengetahuan seperti ini kebiasaannya digunakan untuk menerangkan atau menghuraikan sesuatu perkara. sesuatu perkara, ciri-cirinya dan hubungan antara sesuatu perkara dan ciri-cirinya dikenalpasti
sebagai domain bagi pengetahuan ini. sebagai contoh; atom adalah bagian terkecil dari suatu benda atau zat yang didalamnya terkandung elektron, proton dan neutron.
pengetahuan tatacara
pengetahuan ini dikaitkan dengan bagaimana untuk melakukan sesuatu perkara. orang ramai akan bertanyakan ‘bagaimana’ untuk melakukan sesuatu perkara berbanding lebih memahami teori mahupun isi yang cuba disampaikan. pengetahuan ini lebih menekankan cara melakukan sesuatu perkara mengikut langkah-langkah yang diperlukan berbanding kemahiran sebenar yang perlu dimiliki.
sebagai contoh;cara menunggang motosikal dengan baik tanpa menghayati langkah keselamatan yang perlu dititikberatkan.
pengetahuan struktur
pengetahuan ini menjadi asas kepada penyelesaian sesuatu masalah, ia memerlukan perangkaan strategi, tetapan keadaan bagi berbeza prosedur dan dalam masa yang sama merancang tindakan yang harus diambil jika apa yang ingin dicapai gagal diperoleh.
sebagai contoh; merancang mengadakan hari sukan di padang sekolah. sekiranya hujan pada hari kejadian, apakah langkah yang harus diambil sebagai ganti rancangan tersebut?
pengetahuan eksplisit
sesuatu pengetahuan seseorang individu yang mudah ditulis mahupun dibaca. pengetahuan ini kebiasaannya wujud daripada pembelajaran melalui pemerhatian, pembacaan atau perbincangan berkumpulan. lazimnya pengetahuan jenis ini boleh diterjemahkan dalam bentuk pencetakan atau panduan eletronik mahupun disimpan dalam sesuatu rangkaian.
sebagai contoh, penerangan yang jelas mengenai langkah-langkah yang harus diambil ketika membuat panggilan antarabangsa daripada perkhidmatan telekomunikasi anda.
pengetahuan tanpa dizahirkan (tacit knowledge)
pengetahuan jenis ini lazimnya sukar ditemui dalam sesuatu dokumen rasmi. kebiasaannya pemilik pengetahuan sedemikianmenyedari bahawa mereka memperolehnya dalam sesuatu tempoh melalui pengalaman yang dilalui samada dilihat, dirasai atau konsep ‘bagaimana sesuatu itu dilakukan?’. manusia kebiasaannya membina pengetahuan seperti ini melalui masa yang diluangkan dalam peranan mahupun tanggungjawab dalam sesuatu organisasi.
sebagai contoh; pekerja baru akan mula membina ‘tacit knowledge’ apabila dia melibatkan diri dalam suatu organisasi baru. malah, hal ini juga sukar untuk dikongsi dengan pihak lain.
Sunday, 18 September 2011
Sejarah Perkembangan Pendidikan Sains di Malaysia
Sukatan Pelajaran Sains (Malaya 1940) |
|
Kursus Sains ( Malaya 1948) |
|
Kursus Sains Am |
|
Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2 ; 1971-1975) |
|
Kementerian Pendidikan (1960-an) |
|
Kementerian Pendidikan Malaysia abad ke-21 |
|
Tuesday, 13 September 2011
Model Inkuiri
- orientasi : guru mengemukakan masalah dan membina penyataan masalah
- hipotesis : membinan hipotesis untuk dijadikan panduan pengajaran yang akan dilaksanakan
- definisi : penerangan dan definisi istilah
- penerokaan : menguji hipotesis untuk mendapatkan kesahihan
- pembuktian: mengumpul fakta untuk menguji hipotesis
- generalisasi : penerangan tentang penyelesaian masalah
Bab 1
- Guru dan murid
- Guru sebagai pengajar dan murid sebagai pelajar
- Hanya bermakna apabila ada pembelajaran
- Melibatkan instruksi diikuti latihan, indoktrinasi dan pelaziman
- Melibatkqan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol
- Ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian
- Boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan gur, muriddan gabungan murid-guru serta berpusatkan sumber
- Meliputi perancangan mengajar (KOPI)
- Proses yang melibatkan interaksi dua hala
- Ada unsur sains dan seni
- Perubahan yang dikehendaki
- Jenis kemahiran yang hendak dibentuk
- Perubahan sikap yang hendak dicapai
Tokoh | Tajuk Buku | Definisi |
Robert M Gagne | The Conditions of Learning, 1970 | Pembelajaran ialah perubahan atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan yang bukan disebabkan pertumbuhan. Perubahan yang digelar pembelajaran diperlihatkan melalui perubahan tingkah laku sebelum didedahkan kepada situasi pembelajaran dengan tingkah laku selepas pendedahan situasi pembelajaran. |
Morgan & King | Introduction to Psychology, 1975 | Pembelajaran ialah sebarang perubahan tingkah laku yang agak kekal hasil pengalaman diperolehi atau akibat latihan yang dijalani. |
E.R. Hilgard, R.C. Atkinson dan R.L. Atkinson | Introduction to Psychology, 1975 | Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang kekal akibat pengalaman. Perubahan mungkin tidak jelas sehingga menimbulkan tingkah laku baru. Pembelajaran selalunya tidak diperlukan dengan serta-merta melalui pencapaian. |
Henry Clay Lindgren dan Donn Byrne | Psychology: An Introduction to a Behavioral Science, 1976 | Pembelajaran melambangkan konsep atau idea bagi tujuan menerangkan perubahan tingkah laku yang diperlihatkan |
Morris L. Bigge | Learning Theories for Teachers, 1982 | Pembelajaran merujuk kepada beberapa perubahan tingkah laku yang berlaku hasil dari pengalaman dalam situasi tertentu |
Kelvin Seifert | Educational Psychology, 1983 | Pembelajaran merangkumi perubahan tingkah laku agak kekal disebabkan pengalaman tertentu atau ulangan pengalaman |
Anita E. Woolfolk | Educational Psychology, 1995 | Pembelajaran ialah suatu proses di mana pengalaman menyebabkan perubahan pengetahuan dan tingkah laku yang kekal. |
Menurut Wikipedia, teknologi merupakan rekaan, pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia sejajar dengan perkembangan semasa. Umumnya, teknologi ini ditakrifkan sebagai aplikasi pengetahuan sains untuk manfaat manusia. Istilah teknologi ini dikatakan berasal daripada perkataan Yunani iaitu technologia yang bermaksud seni. Bahkan ada yang mengatakan istilah teknologi ini berasal daripada perkataan Perancis yang diertikan sebagai ‘ semua proses yang dilaksanakan dalam upaya untuk mewujudkan sesuatu secara rasional’. Manakala menurut Manuel Castells daripada Capra(2004), teknologi sebagai kumpulan alat, aturan dan prosedur yang merupakan penerapan pengetahuan ilmiah terhadap suatu pekerjaan tertentu dalam cara yang memungkinkan pengulangan. Teknologi juga merupakan aplikasi ilmu untuk dikembangkan dan diperluas untuk membaiki keadaan manusia. Dengan kata lain, teknologi merupakan sesuatu yang memudahkan kerja dan memberikan faedah.
Apakah itu Penaksiran?
Warga Kumpulan IV
Nooridayu Mohamed
Nur Hatikah Mohamed
Nur Ibtisam Mohamed
Siti Nor Amira Mohmad Noor